Tuesday, April 3, 2012
Andai LELAKI tahu
Andai LELAKI tahu....
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu....
->>> copy and paste from somewhere in this world
Monday, April 2, 2012
Saya sayang kawan saya
Salam
Tadi saya ade buke Facebook sye dan terbaca di wall kawan saya tentang kawan..katanya............
Sesekali jadilah kawan yang mendengar,
Dari yang hanya bercerita,
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan,
Jadilah kita kawannya itu,
Kita selalu melihat dia ketawa,
Tetapi mungkin sebenarnya,
Dia tidak setabah yang kita sangka,
Disebalik senyumannya itu,
Mungkin banyak cerita sedih,
Yang ingin diluahkan,
Disebalik ketenangannya,
Mungkin tersimpan seribu kekalutan,
Kita tidak tahu.......
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
Mungkin kita akan tahu.
->Jadilah kawan susah dan senang untuk sahabat kita..walau dia tiada sesiapa, sekurang2nya bila kita disisi, insyallah dia takkan rasa keseorangan..
Warna-warni hidupku
Salam semua..
Sekarang nie dh lewat malam..aku tak tahu nak tulis entry tentang ape..semua roomate dah tidur, tinggallah aku sorang2..xde kew nak teman???hehe!!!nak cite pew yep??ok la, aku cite pasal aktiviti seharian aku,,wlaupun skang nie kelas aku sedang dalam Study Week tapi keje tetap ade..final project ade due n kene submit miggu nie..pastu ada aktiviti sampingan lain..petang ade training volleyball, malam lak ade jew keje..pastu ditambah dengnan pelbagai program lain..tapi aku tak mengeluh pown, aku suka bila ade keje nak buat, sekurang2nya aku xmembazir masa yg ade nie..tapi terlalu sibuk sekarang nie sampai aku tak sempat nak baca buku aku..entah bila la aku ade masa nak baca nie..
Ok la..skang aku nak tye korang, apa pendapat korang tantang perkahwinan yang diatur keluarga?? dengar macam scary, right?? Aku tak dapat bayangkan macam mane la hidup aku kalau kene dengan "Arrange Marriage" mcm tuh..aku nie dh la jenis yang mcm nie(kalau kenal aku taw la mcm mane perangai aku)..BTW, setiap yg berlaku ade hikmahnye kan?? tak semestinya jodoh yg berdasarkan cinta itu bahagia, tak semestinya juga jodoh yg atas pilihan family tu bahagia..So, kalau dah jodoh korang, tak kemananya..aku harap jodoh aku tu, seorang yg dapat kawal aku, yang memahami diri aku dan boleh bimbing aku ke syurga..Syurga si isteri kan di bawah tapak kaki suami..syurga si suami pula dibawah tapak kaki ibu..korang mesti tertanya2 kenapa tiba2 aku cakap pasal kahwin nie..sebenarnya ada sebab tertentu tapi aku tak dapat la nak kasi tau umum nie kan..ianya melibatkan hal peribadi aku la jugak..even my friends doesnt know it..aku malas nak cite banyak sal nie, sbb aku dh fikir panjang tentang nie, aku percaya tuhan dah atur hidup aku dengan sebaik mungkin..jadi aku ikut jew flow itu..aku terima takdir aku dengan hati yang terbuka, insyallah..Oh ye, 30 aribulan 3 aritu birthday my mom..to my mom, kakcik doakan mak panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berada dalam kalangan orang2 yang beriman..aminnn..buat masa sekarang, kakcik tak boleh nak kasi ape2 lagi sbb ekonomi tangah gawat skang..insyallah kakcik cuba cari hadiah tuk mak k..sayang mak saya selamanya..Assalamualaikum
Sunday, April 1, 2012
Lagu Bawaku Pergi Diharamkan?
Salam..
Arinie saya nak share pasal lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka ft Zizan diharamkan. Saya tak faham kenapa harus diharamkan lagu tu? Best la lagu tu, saya suka..apa2 pun, korang baca jewla statement dari Malique(Pencipta lagu nie)
Statement dari Malique
Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas.
Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ.
Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'.
Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut.
Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.
Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too.
To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?
Malique
->Ok, daripada statement nie menunjukkan bahawa Malique sangat kesal diatas tindakan pihak yang berkenaan. Saya harap kes ini diselesaikan dengan cara baik dan secepatnya..Insyallah
Subscribe to:
Posts (Atom)