BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 24, 2012

Saya sayang awak kerana Allah SWT



Awak, saya sayang awak kerana Allah. Saya harap cinta dan sayang saya untuk awak akan sentiasa dijaga Allah..Saya sentiasa berdoa selepas solat, saya mohon padaNya, "Ya Allah, aku sayang dia kerana Mu, kau jagalah dia dan lidungilah dia setiap masa" Amin..Saya tidak mengharapkan balasan dari awak, saya cuma inginkan awak sentiasa bahagia disisi insan yang awak sayang. Saya sayang awak kerana Allah. Saya tidak sayang awak kerana rupa, atau kerana awak suka memuji, jauh sekali kerana awak berharta tapi hanya satu sebab kenapa saya sayang awak iaitu kerana Allah. Dan saya berdoa kepada tuhan semoga hanya itulah satu-satunya sebabnya sampai bila-bila. Saya sayang awak dengan tulus dan ikhlas dan semoga sayangku ini kekal untuk awak walaupun saya tahu bahawa awak ada yang lain. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak. Saya tahu awak ada pilihan hati awak sendiri, sebab itulah saya tak luahkan apa yang ada dalam hati ini demi kebahagiaan awak. Saya pendam rasa sayang ini dan saya akan simpan sehingga Allah izinkan kita bersama. Jika tidak diizinkan Allah kita bersama, saya dengan rela hati akan mengundurkan diri. Saya undur diri bukan juga kerana sesiapa tapi hanya kerana Allah. Awak juga jagalah hati awak supaya tidak dikotori dengan titik-titik hitam. Jagalah hati kerana jika rosak hati maka rosak lah segala-galanya. Saya sayang awak kerana Allah dan saya tidak mahu awak menjadi hamba Allah yang lupa akan kewajipannya. Saya sentiasa berdoa akan diri awak. Semoga cinta yang ada dalam hati saya ini akan membawa saya ke Syurga bukan ke Neraka. Amin. Saya tidak akan takut untuk melepaskan pergi awak yang belum berhak untuk saya miliki. Awak pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan awak untuk saya miliki atau Allah akan menggantikan awak dengan seseorang yang lebih baik untuk saya. Mencintai seseorang itu adalah hak kita tapi memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan yang sah dan halal itu bukanlah hak kita.

Sunday, March 18, 2012

Coretan Untuk 'AWAK'

Hye awak, awak apa khabar? saya harap awak baik-baik saja..Andai awak tahu , saya sangat mencintai awak..awak, saya harap saya tak pernah kenal awak..kalau lah saya tak kenal awak, mesti saya tak sedih macam sekarang ni, mesti saya tak sakit hati macam ni..kalau lah diberi pilihan, saya pilih untuk tidak mencintai diri awak..tapi saya tidak boleh halang hati saya dari mencintai awak..maafkan saya, awak..saya tidak akan ganggu awak lagi demi kebahagiaan awak dan dia..saya tak nak memaksa awak untuk menerima saya.saya cuba membuat awak sayangkan saya, tapi usaha saya selama ini sia-sia sahaja..semoga awak bahagia disamping yang tersayang..kenapa awak tak buka pintu hati awak untuk saya? kenapa awak tak pernah cuba untuk mencintai saya dan menghargai saya? saya dah lakukan macam-macam untuk awak tapi awak langsung tidak cuba membuka hati awak..setelah saya fikir panjang-panjang, saya ingin mengundurkan diri..maafkan saya awak, saya berjanji yang saya tidak akan berharap lagi awak akan jadi milik saya..setiap hari saya berdoa kepada Tuhan, berharap cinta saya jadi kenyataan, kenapa awak tak pernah hargai cinta saya..Tapi sekarang, saya dah sedar..tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..jadi saya dengan berat hati akan undurkan diri demi kebaikan kita bersama..saya akan sentiasa berdoa semoga awak bahagia bersama insan yang disayangi..semoga pasangan awak akan menyayangi awak lebih dari saya..