BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 30, 2013

Ber'camping' di Lata Tembakah, Besut

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, harinie masih lagi dapat meng'update' post di blog saya yg tak seberapa nie. Harinie saya nak story pasal aktiviti saya bersama kawan2 yg lain weekend 2minggu lepas. Sorry lambat update, masa dan kesihatan yg tak mengizinkan. Nie pon bersyukur sgt sbb kesihatan pon dah ok dan masa pon mengizinkan untuk update post. Hmm, ok back to the topic. 2minggu lepas saya dan rakan2 yg lain ada buat aktiviti di Lata Tembakah, Besut. Lata Tembakah nie adalah kawasan rekreasi atau tempat mandi-manda. Bawak family pon ok jugak pergi sini. Tempat dia pon sangat cantik. Lata Tembakah nie ada waterfall, kata orang sangat cantik, tp saya tak berkesempatan nak sampai ke waterfall dia, sbb jauh jugak la kene berjalan tu. So, kitorang mandi kat bawah jew.
Air kat sini sangat bersih dan jernih. Sejuk pulak tu, dah mcm dalam air batu rasanya. Hehehe. Macam biasa, kitorang pergi 2 hari 1 malam. Kami bermalam di tapak perkhemahan Lata Tembakah. Tapak perkhemahan pon bersih je. Dekat dgn bilik air, surau dan dewan.


Sebelum sampai di tempat perkhemahan pada hari jumaat, kami singgah dirumah salah seorang kawan kami untuk makan tengahari. Alhamdulillah. Baik hati kalian sediakan makanan untuk kami seramai 28 orang. Semoga keluarga kalian dimurahkan rezeki ye tuan rumah.






Makanan pon sedap sgt. Hehe ! Biasa la, masakan seorang ibu mmg sedap sbb dimasak dgn penuh kasih sayang. Oh ye, kat belakang rumah nie, ada kebun. Tapi kata salah sorang tu, pacat banyak. Kami yg perempuan nie tak pergi pon, hehehe. Tuan rumah je yg berani dgn pacat tu.


Yang paling best, kat rumah kawan kami nie ada..................
Tadaaaaa !!!! hahahaha
Tak tahu la nama apa nie. Tapi dia nie macam agresif sikit, jd kitorang kurang keberanian nak dekat ngan dia. Ingat kan oleh la belai-membelai kan, boleh peluk-peluk sikit. Hehehe ! Malam tu, lepas setup khemah dan sebagainya, kitorang buat sedikit BBQ.








Lepas siap makan2 semua, ketua program kami a.k.a saya punya babyboy (hehehe) adakan permainan. Macam2 game yg kitorang main antaranya LELONG, KOTAK BERACUN, JANGKIT-BERJANGKIT dan SARANG LABAH-LABAH. Eh lupa pulak, sebelum game bermula, kitorang ber'ICE BREAKING' dulu la. ICE BREAKING nie adalah sesi suai kenal.








Ketua program sedang mengetuai permainan

Aishhh !! Berebut 5sen nie. Hehehe

Hahh !! Yang menang main game LELONG dpt habuannye KATAK KEMBUNG KATAK KECUT.  Comel je :P

Ini permainan jangkit-berjangkit

Penyakit ape tu ? Dah mcm budak sindrom. Hehehe

Eh saya kene jugak la. Maluuuuuuu

Yg nie game kotak beracun. Dah kene jd model tu. Hahaha, catwalk la sangatttt

This is interesting, main game sarang labah2. Selamat mencuba.

Add caption

Game nie perlukan team work. Jadi, sepakat membawa berkat :)

Orang tgh berusaha gigih, boleh pulak dia berasap disitu. Haishhh ! hehe

Selamat mencuba.
Lepas habis semua game nie, kami pon bersantai-santai sambil lepaking. Sampai ke pagi lepaknya, semua nak story, mcm2 cerita ada. Hehe !
Pagi sabtu tu pulak, semua kena kemas2 barang dan siapkan makanan untuk makan pagi.



Dah siap makan semua, baru boleh pergi mandi kt Lata Tembakah. Dipagi hari nie, air tersangatlah sejuk, huhu. Nak masuk dalam air pon makan masa sbb sejuk sangat. Dah berendam dalam air tu, menggigil semua yg ada. Tapi bestt sebab badan jadi segar.
Sweet2 je korang nie. LIKE !!

Ok, dah kenapa pulak makin kedepan tu ??

Tengok !!! Kami kena buli dg jejaka2 tu

Kenapa selalu kami yg kene ? Kenapa ???

Alalalalaaa, anak dara pingitan nie. Hehe

Nie ketua program kami

Huhuhu. Kami la nie, saya dan babyboy (yg bce nie tlg jeles, hehehe)

Entah selipar siapa yg dorang pegang nie.

Bot karam dijumpai disini.

Ape jeles sgt org baju hijau tu ? Nak berdua dgn babyboy pon tak boleh. Hahaha

Ok, syampoo la sgt tu kn.

Kesian babyboy kena buli. Hahaha ! Sory, tak dpt nak tolong

Ini dh kenapa pulak ? Buaya darat masok dalam air.

Haaaaaaa !! kan dah menggigil tu
Tengok la sorang2 tu, dh pucat muka. Sejuk sangat air. Ok, akhirnya habis pon cerita saya yang panjang lebar tu. Terima kasih semua sbb sudi jenguk blog saya dan sudi baca post yg tak menarik sangat nie ok. Lotsoflove. I love u all. Assalamualaikum.