BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 18, 2012

Coretan Untuk 'AWAK'

Hye awak, awak apa khabar? saya harap awak baik-baik saja..Andai awak tahu , saya sangat mencintai awak..awak, saya harap saya tak pernah kenal awak..kalau lah saya tak kenal awak, mesti saya tak sedih macam sekarang ni, mesti saya tak sakit hati macam ni..kalau lah diberi pilihan, saya pilih untuk tidak mencintai diri awak..tapi saya tidak boleh halang hati saya dari mencintai awak..maafkan saya, awak..saya tidak akan ganggu awak lagi demi kebahagiaan awak dan dia..saya tak nak memaksa awak untuk menerima saya.saya cuba membuat awak sayangkan saya, tapi usaha saya selama ini sia-sia sahaja..semoga awak bahagia disamping yang tersayang..kenapa awak tak buka pintu hati awak untuk saya? kenapa awak tak pernah cuba untuk mencintai saya dan menghargai saya? saya dah lakukan macam-macam untuk awak tapi awak langsung tidak cuba membuka hati awak..setelah saya fikir panjang-panjang, saya ingin mengundurkan diri..maafkan saya awak, saya berjanji yang saya tidak akan berharap lagi awak akan jadi milik saya..setiap hari saya berdoa kepada Tuhan, berharap cinta saya jadi kenyataan, kenapa awak tak pernah hargai cinta saya..Tapi sekarang, saya dah sedar..tepuk sebelah tangan takkan berbunyi..jadi saya dengan berat hati akan undurkan diri demi kebaikan kita bersama..saya akan sentiasa berdoa semoga awak bahagia bersama insan yang disayangi..semoga pasangan awak akan menyayangi awak lebih dari saya..

1 comment: