Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.
Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pendalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.
Tengahari tu, Ajis dh bersiap nak pergi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dh hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terfikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.
Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kt tepi jalan sunyi kampung tu. Bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.
Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dh hampir nk habis.
Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba2 terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, "Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?" bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ke, sbb dh uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kt tengkuk dia ni.
Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nk tinggalkan cepat surau tu.
Bulu romanya semakin meremang2 sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk2.
Syukur, Ajis dh berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba2 Ajis tersedar.Hehehehe!!!!!! Rupa2nya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang td, sbb terlampau nk cepat, bila dia toleh ke belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa2nys tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nk embahyang Asar duk gelakkan dia sbb Ajis sembahyang pakai helme, patut la kepala dia rasa berat semacam je..
Terus Ajis blahhh mcm tu je, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kt rumah sendiri sajalah jawabnya.
Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts
Saturday, April 21, 2012
Friday, April 20, 2012
Khas untuk kam0o yg tengah bersedih
Lawak 1
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas... bagi panadol kurang sikit panas dia..."
Lawak 2
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya... singa baik rupanya. Lepaskanlah aku."
Singa: "Ya.. singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiinnn.."
Lawak 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...
Lawak 4
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu", jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Lawak 5
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Ni rumah Encik Sameon ye?"
"Ya saya"
"Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
"Buat susah aje encik nie! Apesal tak pos aje?"
Lawak 6
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata, "Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!! Jalan dulu tok..."
gRoUp
aku punyer suke la,
andainya....,
Apa Kata Hati,
cakap-cakap kosong,
lawak,
lovely day,
sayang sama kamu,
suke-suke,
tengah bersedih
Subscribe to:
Posts (Atom)
