BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label andainya..... Show all posts
Showing posts with label andainya..... Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Tip dan cara untuk hilangkan rasa mengantuk di pejabat

Salam semua..

Sekarang nie saya berada di tempat kerja, takut jugak nak update blog nie sebab takut bos tahu..hehe..btw, nak kasi tips macam mana nak hilang kan mengantuk di tempat kerja sebab nya saya selalu rasa mengantuk di tempat kerja..apa yang saya buat ialah :

1. Saya ke toilet untuk betulkan tudung, bila ke toilet, kaki berjalan tudah boleh kurangkan rasa mengantuk kita..bagi yang lelaki tak pakai tudung kan, so korang betulkan rambut la..(dengan perasaan riak dan takburnya korang tengok diri korang yang hensem lagi comel tu dalam cermin toilet, hehe)

2. Yang kedua ialah, korang pergi ziarah kawan korang tak kira department mana..tapi perlu diingatkan, kene tengok dulu line clear ketak nak menziarah tu..hehe..usha dulu bos korang ada ke tak..pastu pergi kat tempat kawan tu korang kene pastikan yang kawan korang tu mood dia tengah baik..kan tak pasal2 korang makan penamporr..hehe..

3. Seterusnya adalah sebelum pergi kerja, korang bawak bekalan dunia banyak2 seperti kuih muih, gula-guladan sebagainnya..tapi jangan pulak bawak aiskrim, susah pulak..hehe..mesti korang cakap mana nak cari kedai yang buka pagi2 kn ? korang pergi la beli kat 7eleven, tapi kalau takut tak sempat korang beli malam sebelum pergi kerja tu..pandai2 la korang k..

4. Yang ke empat adalah korang cuba amal kan minum air kosong sebanyak yang mungkin..air kosong nie baik untuk kesihatan..banyak khasiat air kosong nie, jangan asyik nak minum air manis je..

5. Seterusnya ialah korang pasang lagu, dengar lagu kat radio ataupun lagu dalam laptop or pc korang..tapi make sure yang korang pakai earphone..dalam office mana boleh bising, hehe..pakaiearphone la tapi jangan la pasang kuat sangat nanti bos panggil pon korang tak dengar..kantoi la..huhu

6. Ok, this is the last choice and maybe the most effective way..caranya adalah pergi ambil wuduk..in sya Allah hilang lah ngantuk korang tu..

Jika ke semua cara di atas tidak berkesan, korang ambil bantal pastu korang tidur je la..tu je ubat untuk korang kot..hehe :)

Wednesday, July 11, 2012

Sabar itu separuh dari iman

Salam blog cylamia..

Harinie nk post pasal diri saya la..saya dulu memang seorang yang kurang sabar tapi sekarang nie saya dah cuba banyakkan bersabar terutama dengan si dia..contohnya, semalam si dia janji nak tukar nombor phone sebab katanya takot saya nie tak percaya kat dia..ok, yang nie saya tak mintak pown nk tukar, but I am totally respect him..so saya ok jew kalau nak tukar pown..then, pagi tadi saya text la si dia sebab nak tukar nombor tu, alih-alih dia cakap nak balik kampung la pulak..so persoalan disini, saya tak marah dan tak sakit hati pown sekarang nie, cuma pagi tadi jewla saya macam geram sikit..tapi sekarang saya totally ok..saya bukannya marah kew apa kew, cuma saya taknak la si dia nie selalu sangat janji tapi tak ditepati..saya taknak dia selalu sangat buat macam tu..sebab saya takut dia terbawak perangai macam nie sampai bila-bila..saya cuma nak yang terbaik buatnya, bukan nak marah sangat pown..saya tak kisah pown kalau tak tukar nombor tu, cuma nak dia tepati janji jew..kalau si dia rasa tukar nombor nie menyusahkan dirinya, then xpayah la tukar..saya pown xnak la si dia paksa dirinya buat perkara yang menyusahkan baginya..tak perlu la nak paksa diri demi kepuasan hati saya..sebab saya ok jew, xde pown nak marah kew sakit hati kew..maybe si dia tak paham apa yang saya rasa, cuma saya harap si dia dapat letakkan dirinya kat tempat saya supaya dia paham apa rasanya bila orang dah janji dengan kita, tapi tak ditepati..mungkin sedikit kecewa tapi normal la tu..well, hopefully he will not make the same mistake again and again..saya taknak benda nie berulang lagi..kesimpulannya disini, saya ok jew.. (^_^)

Saturday, July 7, 2012

Cinta - Pandangan Yang Berilmu

‎~♥~...Ustaz Azhar Idrus kata...~♥~
Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...

~♥~...Ustaz Mohd Kazim Elias kata...~♥~
Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan...

~♥~...IMAM MUDA Asyraf kata...~♥~
Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita... mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t...

~♥~...Ustaz Zamri kata...~♥~
Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara

*** sekadar renungan dari orang yg lebih berilmu... :))

Monday, June 11, 2012

Kenapa perempuan mudah menangis (!_!)

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

Wednesday, May 23, 2012

To my blog

Kepada blog saya.....

Semenjak dua menjak nie gastrik sye dtg blek la..sakitnye terasa selepas beberapa minggu ia menghilang..apesal ek?? sye dh xmkn pds la (cume kadang2 jew)..camane nie??? sye xnk la kne cucuk plak dgn doktor tuh..xmowla cmtu..ptg td sakit sgt2, ubat gastrik plak lupa nk bawak blek umah..sakit sangat!!! gastrik sakit kat dalam, so susah nak ubatkan..dah tiap2 hari sye minum air susu, cuma dua tiga hari nie jew sye xminum sbb lupe nak beli..tp xpewla, ape2 pown sye kne bersyukur sebab tuhan bg penyakit nie untuk menguji sye dan supaya sye sentiasa dekat dengan-Nya..Alhamdulillah~~~ cukup la setakat nie entry sye kali nie..dh tak larat nk type panjang2, sebenarnya rindu la jugak kat blog sye nie, cume blog sye jew satu-satunya tempat sye mengadu semua masalah..ok la, Assalamualaikum

Andai Lelaki Tahu



Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda

Wednesday, May 16, 2012

Jalan yang berliku








Ya Allah, cepatnya masa berlalu..banyak yang telah saya lalui, dan pengalaman itu mengajar saya erti hidup sebenar, mengajar saya menjadi lebih dewasa, mengajar saya untuk menjadi lebih kuat, lebih tabah, lebih sabar dan yang paling penting lebih dekat dengan Allah SWT..Saya bersyukur sangat apabila tuhan menguji saya kerana itu tandanya Allah itu sayang pada kita..Tahun ini(2012) saya berumur 21tahun..saya tahu mana hala tuju hidup saya, tapi kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan..Graduate je Diploma, saya nak sambung Degree..tapi mungkin keluar dari bidang yang saya ambil sekarang ni..I want to further my study in Psychology course..Tuhan beri saya hidayah, Dia buka kan pintu hati saya untuk menolong orang-orang yang bermasalah dari segi hati dan mental..Tapi tetap perlukan sokongan dari keluarga dan kawan-kawan..Insyallah, suatu hari nanti impian saya akan tercapai dengan berkat dari kedua ibubapa dan sokongan dari yang lain-lain..Subahanallah, siapa tahu apa yang telah tertulis untuk kita..banyak benda yang terjadi dalam hidup saya sekarang ni yang tak pernah terfikir langsung..Saya berdoa kepada tuhan, semoga apa yang saya ada sekarang ini kekal berpanjangan, Amin..

Sunday, April 29, 2012

Out wif my classmate

Assalamualaikum semua..

Ok, dlm entry nie sye nk story2 ckit..ari isnin mgu lps, last paper sye final exm..paper pg, so ptg 2 dh jnji ngn classmate nk jalan2 n p mkn ngn dowg..so, sye nk cite la..spnjang final exm tu, cbok sgt stdy smpai tdow xckop, mkn xtntu..elok2 pg tu sihat walafiat, mlm tu xsihat..bdn tetibe jew jd sjok la ape la, ditambah plak dgn kitorang men kejar2, sambut bufday kwn..lari sbb nk slmt kn diri dr telur n tepung, hehehe!! ptg tuh kami ke pntai, amek gmbar..pown mse tu dh rase mcm xlarat..

nie antara gmbar yg diambil kt pntai tu..peace!!

lagi gmbar di pntai..hehe!!cube buat muke cute tp xjd..maalluuuu 

One of my fav pic..chantekk kn gmbr nie??yg laki 2owg nie la cameraman kami..wink2

ok, hehehe!!try to be creatif but nope!!!i cant, tgk la gmbar nie, xde seni langsung..kecewaaaa
Lepas dh puas bergmbar kt pntai nie, kami menuju ke tmpt tuk mkn..hehehe!! KFC jew pown mkn..lps mkn tu la kami sambut bufday kwn kami..cube elak xnk kne telur ngn tepung, last2 kne jgk..punyer la geli smpai ase cm nk terjun dlm air laut jew..hehehe!!smpai bilik trus p mndi, berebut bilik air ngn kwn2 len yg kne sme cm sye..hehe!!! Pas mndi, rht2 jp smbil tgk cite 3temujanji kt lappy sye..abes cite bwu sye tdow, lth yg amat mlm tu, esoknye bgun trus demam..hehe!!! baring2 kt ats katil sambil berstokin, berselimut, bersweater, dan pakai plaster sakit kepala + coolfever selama 3 ari berturut2..hehehe!!! Maaf kpda sume yg risaukn sye tu..sye nie menyusahkan jew..sowi yep..ape2 pown, skang sye dh sihat, Alhamdulillah..

p/s : Thank u sume yg dh bersusah-payah jaga dan risaukan sye slme sye demam nie..thank u n I LOVE U SO MUCHHHH



Myspace Generators & Toys

Friday, April 20, 2012

Khas untuk kam0o yg tengah bersedih



smile comments, smile graphics


Lawak 1
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi...
Asari: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Ajoi: "Kopi ni panas... bagi panadol kurang sikit panas dia..."

Lawak 2
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya... singa baik rupanya. Lepaskanlah aku."
Singa: "Ya.. singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiinnn.."

Lawak 3
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Lias menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing...

Lawak 4
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu", jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Lawak 5
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"
Ni rumah Encik Sameon ye?"
"Ya saya"
"Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni"
"Buat susah aje encik nie! Apesal tak pos aje?"

Lawak 6
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata, "Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!! Jalan dulu tok..."

Thursday, April 19, 2012

Si Dia...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar untuk cari alasan yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (oleh sebab itu banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akansentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang suka akan pujian tetapi selalu tidak tau bagai mana dia menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang suka kamu separuh hati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cobalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka anggap tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik nya telefon diletakkan dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rekan-rekannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu arti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali menebak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan membaca buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ ^_^ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berselingkuh dengan kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah air mata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil resiko tentang mereka dan tentunya baik terhadapnya.So,kalau hendak memikat wanita pandai-pandailah dlm bertindak…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Friday, April 13, 2012

SILAPNYA SEORANG WANITA


SILAPNYA SEORANG WANITA ialah::-

:}Bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA...
:}Bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI...
:}Bila dia memberi, maka dia akan BERIKAN SEGALA-GALANYA..

-Kerana itulah, apabila BERHADAPAN dengan SEORANG LELAKI... wanita perlu BERHATI-HATI, janji manis di bibir... mungkin menjadi SEMBILU yang akan MENGIRIS HATI bertahun lamanya, impian dan harapan indah itu... mungkin menjadi SELUMBAR yang MELUKAKAN... makanya, SELAGI BELUM PASTI... jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki dan di miliki SECARA HALAL dan SAH... JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita mudah memberi... maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI.

Thursday, April 12, 2012

Saya, awak, kamu, kita, mereka, dia


Assalamualaikum..

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..

Final exam dh dekat nie, tp mcm xsedar diri jew lg..hehehe!! Ya Allah, ape nk jd la ngn sye nie..sebenarnya bukan xnk study tp mcm xtaw jew nk study ape..Exam ahad nie, madam xbg pun revision tuk final, hmm..madam xpatut buat mcm nie, xkan kami nk study mlm sebelum final tu..ditambah pula dengan keje satu ag, exam week patutnye kene fokus kat paper yg nk exm jew tp cik bg keje sowh wt mse exam week..sye mmg syg la cik tu..aduyai!!
Ok, sebenarnye bukan nk cerita sangat sal final exam nie, hehehe!! Sye bersyukur sgt sekarang sbb ape yg sye tunggu selama nie, membuahkan hasil yg sgt baik..kata orang, kalau kita susah nk dptkan sesuatu yg kita suka tu, Insyaallah bile ia menjadi milik kita, kita akan lebih hargai dan lebih syg kn?? sye harap sgt awak bukan setakat nk miliki sye jew sbb sye nk cari lelaki yg bley jadikan sye sbagai isteri..tu impian sye dan sye pasti yg lain2 pun same dengan sye..kata Ustaz Azhar, "kawan tak salah kalau niat untuk jadikan isteri"..sye takut sebenarnye kalau2 dia rase terbeban dgn sye..hmmmm
Blog sye la kawan sye yg paling setia, sentiasa ade saat sye sedih atau gembira..byk lg sebenarnye nk cite nie tp xpewla..len kali jewla..k la, papew pown..sye arap sume berjalan lancar dan insyallah sumenye baik2 jew..Aminnn..

Assalamualaikum..

Wednesday, April 11, 2012

sayang kamo0o



Cintailah seseorang itu secara DIAM-DIAM
seperti kisah cinta suci
SAIDATINA FATIMAH DAN SAIDINA ALI
yang akhirnya Allah pertemukan jua
sesungguhnya mereka yang mencintai
secara diam itu sedang BERJIHAD
berjihad menentang kehendak diri
menundukkan NAFSU HATI

Seandainya Kau catatkan dia milikku
Satukanlah hatinya dengan hatiku

Tuesday, April 3, 2012

Andai LELAKI tahu


Andai LELAKI tahu....

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu....

->>> copy and paste from somewhere in this world