BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 20, 2012

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu..dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi..tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tahu je..)

Sayang - Kita memerlukan  dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukan cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu...(dalam erti kata lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya keng kita dah nak pecah...)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan...)

Tetapi kita kene ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang  kita tidak akan CINTA pada seseorang itu...


#info from http://1001rahsiadiri.blogspot.com

No comments:

Post a Comment