BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 25, 2012

Tips menjadi PELAJAR YANG CEMERLANG

Salam

Hari ini saya dengan berbesar hatinya nak share dengan kalian semua tips menjadi pelajar yang cemerlang mengikut satu-satunya panduan kita sebagai orang yang beragama Islam iaitu Al-Quran. Bagi yang bukan Islam pun boleh mengikuti tips ini sebab Islam itu luas, tidak terbatas untuk orang Islam sahaja. Insyallah. Tips ini sangat sesuai untuk pelajar2 yang berada di IPT atau dimana sahaja.

1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT. (Paling utama yang wajib ada dalam diri setiap orang Islam.)
2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati. (Lakukan dengan sepenuh hati dan yang penting ikhlas.)
3. Prioriti, mengutamakan apa yang utama. (Lakukan apa yang lebih penting dari yang penting.)
4. Prihatin sesama kita. (Yang muda menghormati yang tua, yang tua menghormati yang muda.)
5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. (Tips ini sangat ditekankan dalam agama Islam. Ini sangat dilarang bagi mengelakkan berlakunya maksiat.)
6. Jujur, Amanah. (Jujur dan amanah ini tidak digunakan dalam pembelajaran sahaja malah sangat berguna di alam pekerjaaan.)
7. Tepati waktu. (Tepati waktu ini bukanlah semata-mata untuk duniawi, tapi juga untuk akhirat iaitu dengan menjaga waktu solat 5waktu.)

Ok, itu sahaja tips yang dapat dikongsi bersama kalian. Info dari http://www.iluvislam.com/
Sekian, Assalamualaikum dan Selamat Berjaya semua.


1 comment: